1. Segala kebijaksanaan berasal daripada Tuhandan ada pada-Nya untuk selama-lamanya.
2. Siapakah dapat menghitung pasir di pantai, titik-titik air hujan,atau hari-hari abadi?
3. Siapakah dapat menduga tingginya langit, luasnya bumi,dalamnya samudera, atau dalamnya kebijaksanaan?
4. Kebijaksanaan dicipta pertama sekali sebelum segalanya,dan pengertian yang arif telah sentiasa wujud.
6. Kepada siapakah diberitahukan pangkal kebijaksanaan,dan siapakah yang menyelami kepandaiannya?
8. Hanya Satu yang bijaksana, iaitu Dia yang duduk di atas takhta.Kita harus takut dan hormat kepada-Nya.
9. Tuhan sendirilah yang mencipta kebijaksanaan;Dia melihatnya dan menghargainya.Segala ciptaan-Nya dipenuhi-Nya dengan kebijaksanaan.
10. Setiap makhluk menerima kebijaksanaan sesuai dengan pemberian Tuhan;Dia memberikan kebijaksanaan kepada orang yang mencintai-Nya.