11. Boas menjawab, “Saya telah mendengar segala sesuatu yang kamu lakukan bagi ibu mentuamu sejak suamimu meninggal. Saya tahu bahawa kamu telah meninggalkan ibu bapa dan negeri kamu untuk tinggal bersama dengan bangsa yang tidak kamu kenal.
12. Semoga TUHAN membalas segala kebaikanmu. Semoga kamu menerima apa yang patut diberikan kepadamu oleh TUHAN, Allah Israel, kerana kamu telah datang untuk berlindung kepada-Nya!”
13. Rut berkata, “Tuan sungguh baik hati. Tuan telah menyenangkan hati saya. Tuan telah bercakap lembut kepada saya, walaupun saya tidak setaraf dengan pekerja tuan.”