Roma 8:34-37 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

34. Siapakah dapat menyalahkan kita? Tiada seorang pun, kerana Kristus Yesus membela kita! Dialah yang sudah mati, bahkan sudah dibangkitkan daripada kematian dan berada di sebelah kanan Allah.

35. Apakah yang dapat menghalang Kristus mengasihi kita? Tiada sesuatu pun dapat menghalang Kristus mengasihi kita: baik kesusahan, kesukaran, penganiayaan, kelaparan, kemiskinan, bahaya mahupun kematian.

36. Seperti yang tertulis di dalam Alkitab,“Sepanjang masa kami menghadapi bahaya maut kerana Engkau.Kami diperlakukan seperti domba yang akan disembelih.”

37. Tidak! Dalam semuanya kita mendapat kemenangan yang sempurna daripada Dia yang mengasihi kita!

Roma 8