Roma 11:32-36 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

32. Hal itu demikian, kerana Allah sudah membiarkan umat manusia menjadi seperti orang tahanan, kerana mereka tidak mentaati Dia. Allah berbuat demikian supaya Dia dapat menunjukkan belas kasihan-Nya kepada mereka semua.

33. Alangkah hebatnya kekayaan, kebijaksanaan, dan pengetahuan Allah! Siapakah dapat menjelaskan keputusan-Nya? Siapakah dapat memahami cara Dia melakukan sesuatu?

34. Di dalam Alkitab tertulis,“Siapakah yang dapat mengetahui fikiran Tuhan?Siapakah yang dapat memberikan nasihat kepada-Nya?

35. Siapakah yang pernah memberikan sesuatu kepada Tuhan,sehingga Dia harus memberikan balasan?”

36. Segala sesuatu diciptakan oleh Allah, dan segala sesuatu berasal daripada Dia, dan untuk Dia. Terpujilah Allah selama-lamanya! Amin.

Roma 11