Ratapan 5:3-10 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

3. Bapa kami dibunuh oleh musuh,dan kini ibu kami menjadi balu.

4. Kami terpaksa membeli air minumdan kayu untuk bahan api.

5. Kami dipaksa bekerja berat seperti binatang;kami lelah, namun tidak diberikan masa rehat.

6. Kami mengemis di Mesir dan Asyur,kami meminta makanan untuk terus hidup.

7. Nenek moyang kami berdosa, dan kini sudah tiada;tetapi kami mesti menderita, kerana dosa-dosa mereka.

8. Kami diperintah oleh orang yang sama seperti hamba,dan tiada orang yang berkuasa melepaskan kami daripada mereka.

9. Pembunuh merayau-rayau di luar kota,nyawa kami terancam ketika mencari makanan.

10. Kami demam kerana kelaparan,badan kami panas seperti ketuhar.

Ratapan 5