40. Marilah kita menyelidiki hidup kita, dan kembali kepada TUHAN.
41. Marilah kita membuka hati kepada Allah di syurga dan berdoa,
42. “Ya TUHAN, kami telah berdosa dan memberontak terhadap-Mu, dan Engkau belum lagi mengampuni kami.
43. Engkau mengejar dan membunuh kami;kemurkaan-Mu menyembunyikan belas kasihan-Mu.
44. Kemurkaan-Mu bagaikan awanyang sangat tebal,sehingga tidak dapat ditembusi doa.
45. Engkau menjadikan kami seperti sampahpada pandangan seluruh dunia.
46. Kami dihina dan dipermainkan oleh semua musuh;
47. kami ditimpa malapetaka dan kehancuran; kami hidup dalam bahaya dan ketakutan.
48. Air mataku mengalir sepertisungai kerana bangsaku telah hancur.
49. Air mataku tidak akan berhenti bercucuran