32. Walaupun Dia mendatangkan penderitaan kepada kita,Dia tetap mengasihi kita dengan kasih yang tiada batas.
33. Dia tidak suka menyebabkankita menderita dan sedih.
34. Tuhan tahu apabila batin kita tertekan waktu dalam tahanan;
35. Dia tahu apabila kitakehilangan hak yang diberikan-Nya kepada kita;
36. apabila keadilan diputarbalikkan,pasti Tuhan mengetahuinya.
37. Kehendak Tuhan sahaja yang selalu berlaku.
38. Kebaikan dan kejahatan berlakuhanya dengan perintah Tuhan.
39. Mengapakah kita bersungutapabila dihukum kerana dosa kita?
40. Marilah kita menyelidiki hidup kita, dan kembali kepada TUHAN.
41. Marilah kita membuka hati kepada Allah di syurga dan berdoa,
42. “Ya TUHAN, kami telah berdosa dan memberontak terhadap-Mu, dan Engkau belum lagi mengampuni kami.
43. Engkau mengejar dan membunuh kami;kemurkaan-Mu menyembunyikan belas kasihan-Mu.