1. Lama aku memikirkan hal itu dengan mendalam, dan aku mendapati bahawa Allah menguasai segala perbuatan orang yang bijak dan orang yang baik, bahkan jika mereka mengasihi atau membenci orang. Tiada sesiapa tahu hal yang akan berlaku pada masa hadapan.
2. Memang tidak ada bezanya! Nasib yang sama menimpa setiap orang jujur mahupun orang derhaka, orang baik mahupun orang jahat, orang yang tahir mahupun orang yang najis, orang yang mempersembahkan korban mahupun orang yang tidak mempersembahkan korban. Orang baik tidak lebih bertuah daripada orang berdosa, dan orang yang bersumpah tidak lebih bertuah daripada orang yang tidak mahu bersumpah.
3. Nasib manusia semuanya sama dan hal itu salah, seperti semua kejadian lain di dunia ini. Selama manusia hidup, fikiran mereka penuh dengan kejahatan dan kebodohan, dan tiba-tiba mereka meninggal.