Pengkhutbah 8:9-14 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

9. Aku melihat segala perkara ini ketika aku memikirkan perkara-perkara yang berlaku di dunia. Sesetengah orang mempunyai kuasa, sedangkan yang lain terpaksa menderita di bawah kekuasaan mereka.

10. Pernah aku lihat orang jahat mati dan dikuburkan. Tetapi waktu pulang dari perkuburan, orang memuji orang yang sudah mati itu, di kota tempat mereka melakukan kejahatan. Semua itu sia-sia!

11. Orang sangat suka melakukan kejahatan kerana orang yang melakukannya tidak segera dihukum.

12. Walaupun orang berdosa melakukan seratus kejahatan, mereka terus hidup. Memang aku tahu orang berkata, “Orang yang taat kepada Allah akan hidup senang,

13. tetapi orang jahat akan hidup susah. Hidup orang jahat cepat berlalu seperti bayang-bayang, dan mereka akan mati semasa muda kerana tidak taat kepada Allah.”

14. Tetapi hal itu tidak betul. Lihatlah apa yang terjadi di dunia; kadang kala orang baik menerima hukuman yang sepatutnya diterima oleh orang jahat, sedangkan orang jahat menerima ganjaran yang sepatutnya diterima oleh orang baik. Hal itu pun sia-sia.

Pengkhutbah 8