Pengkhutbah 8:1-6 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

1. Hanya seorang bijak dapat memahami makna segala perkara. Hikmat menyebabkan dia tersenyum dan wajahnya berseri.

2. Taatilah perintah raja, dan jangan terburu-buru berjanji kepada Allah.

3. Raja dapat berbuat sesuka hati; oleh itu, jauhilah raja. Jangan berada di tempat yang berbahaya itu.

4. Raja bertindak dengan penuh kuasa, dan tiada sesiapa pun dapat mencabar perbuatan raja.

5. Kamu selamat selama kamu mentaati perintah raja, dan orang yang bijak tahu masa dan cara mentaatinya.

6. Bagi tiap-tiap perkara ada masa dan cara membuatnya, cuma kita tahu sedikit sahaja.

Pengkhutbah 8