6. Ketawa orang bodoh tidak bererti, seperti bunyi duri dibakar api.
7. Apabila orang bijak menipu, mereka bodoh. Jika orang menerima rasuah, mereka merosakkan akhlak.
8. Kesudahan sesuatu perkara lebih baik daripada permulaannya. Kesabaran lebih baik daripada kesombongan.
9. Jangan lekas marah; hanya orang bodoh menyimpan dendam.
10. Jangan sekali-kali bertanya, “Mengapakah keadaan dahulu lebih baik daripada sekarang?” Pertanyaan itu bodoh!
11. Tiap-tiap orang yang hidup haruslah mempunyai hikmat; hal itu sama baiknya dengan menerima warisan,
12. dan memberikan jaminan seperti wang tunai. Berbahagialah orang yang mengetahui bahawa hikmat melindungi hidup orang yang memilikinya.
13. Renungkanlah hal yang telah dilakukan oleh Allah. Bolehkah sesiapa meluruskan apa yang telah dibengkokkan oleh Allah?
14. Apabila kamu senang, bersukacitalah; dan apabila kamu susah, ingatlah bahawa kesenangan dan kesusahan, kedua-duanya datang daripada Allah. Manusia tidak tahu apa yang akan berlaku selanjutnya.