Pengkhutbah 7:1-10 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

1. Nama baik lebih harum daripada minyak wangi yang mahal, dan hari kematian lebih baik daripada hari kelahiran.

2. Lebih baik melawat keluarga yang berkabung daripada keluarga yang berpesta, kerana orang hidup perlu diingatkan bahawa kematian sentiasa menunggu kita semua.

3. Kesedihan lebih baik daripada ketawa; biar wajah murung asal hati lega.

4. Orang bodoh sentiasa memikirkan kesenangan; orang arif memikirkan kematian.

5. Lebih baik ditegur oleh orang bijak daripada dipuji oleh orang bodoh.

6. Ketawa orang bodoh tidak bererti, seperti bunyi duri dibakar api.

7. Apabila orang bijak menipu, mereka bodoh. Jika orang menerima rasuah, mereka merosakkan akhlak.

8. Kesudahan sesuatu perkara lebih baik daripada permulaannya. Kesabaran lebih baik daripada kesombongan.

9. Jangan lekas marah; hanya orang bodoh menyimpan dendam.

10. Jangan sekali-kali bertanya, “Mengapakah keadaan dahulu lebih baik daripada sekarang?” Pertanyaan itu bodoh!

Pengkhutbah 7