Pengkhutbah 4:9-17 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

9. Berdua lebih baik daripada seorang diri, kerana bersama-sama mereka dapat bekerja dan hasilnya lebih baik.

10. Jika seorang jatuh, yang seorang lagi dapat menolongnya. Tetapi jika orang itu sendirian, lalu jatuh, malanglah dia kerana tiada sesiapa yang menolongnya.

11. Jika dua orang tidur bersama-sama mereka dapat saling menghangatkan badan, tetapi bagaimanakah seorang menjadi hangat jika dia sendirian?

12. Orang yang sendirian mudah dikalahkan, tetapi dua orang dapat menentang serangan. Tiga utas tali yang dipintal menjadi satu, susah diputuskan.

15. Aku memikirkan semua orang di dunia ini, dan aku sedar bahawa antara mereka tentu ada seorang pemuda yang akan menggantikan raja.

16. Bilangan rakyat yang diperintah oleh seorang raja mungkin tidak terhitung, tetapi apabila raja mangkat, tidak seorang pun akan bersyukur atas jasanya. Itu pun sia-sia, seperti usaha mengejar angin.

17. Berhati-hatilah apabila pergi ke Rumah TUHAN. Lebih baik ke sana untuk belajar, daripada mempersembahkan korban seperti orang bodoh yang tidak tahu membezakan apa yang benar dengan apa yang salah.

Pengkhutbah 4