11. Jika dua orang tidur bersama-sama mereka dapat saling menghangatkan badan, tetapi bagaimanakah seorang menjadi hangat jika dia sendirian?
12. Orang yang sendirian mudah dikalahkan, tetapi dua orang dapat menentang serangan. Tiga utas tali yang dipintal menjadi satu, susah diputuskan.
13-14. Seorang miskin mungkin menjadi raja; seorang banduan mungkin naik takhta. Tetapi jika pada usia lanjut, raja itu terlalu bodoh sehingga tidak mahu menerima nasihat, maka nasibnya lebih buruk daripada seorang pemuda yang miskin tetapi cerdas.