1. Aku nampak pula segala ketidakadilan yang berlaku di dunia ini. Orang yang tertindas menangis dan tidak seorang pun menolong mereka. Tidak seorang pun berani menolong mereka kerana para penindas berkuasa.
2. Alangkah bahagianya orang yang sudah mati; keadaan mereka lebih baik daripada orang yang masih hidup.
3. Yang lebih bahagia lagi ialah orang yang belum dilahirkan, yang belum nampak ketidakadilan yang berlaku di dunia ini.
13-14. Seorang miskin mungkin menjadi raja; seorang banduan mungkin naik takhta. Tetapi jika pada usia lanjut, raja itu terlalu bodoh sehingga tidak mahu menerima nasihat, maka nasibnya lebih buruk daripada seorang pemuda yang miskin tetapi cerdas.