Pengkhutbah 11:2-8 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

2. Tanamlah modalmu dalam berbagai-bagai usaha niaga, bahkan dalam banyak usaha; oleh sebab orang perlu berwaspada sebelum bencana menimpa.

3. Ke arah mana pun sebatang pokok tumbang, di situlah pokok itu akan terlintang. Apabila awan sudah mendung, hari pun hujan.

4. Sesiapa yang menunggu hingga angin dan cuaca baik, tidak akan menabur ataupun menuai apa-apa.

5. Allah membuat segala-segalanya, dan manusia tidak dapat memahami tindakan-Nya sebagaimana manusia tidak memahami tumbuhnya kehidupan baru di dalam rahim ibu.

6. Taburlah benih pada waktu pagi dan waktu petang juga, kerana kamu tidak tahu sama ada semuanya akan tumbuh, ataupun yang mana satu akan tumbuh dengan lebih subur.

7. Memang cahaya matahari itu baik dinikmati.

8. Bersyukurlah untuk setiap tahun kamu hidup. Betapa lama pun kamu hidup, masamu di alam maut lebih lama lagi. Tiada apa-apa pun yang dapat diharapkan.

Pengkhutbah 11