6. Selepas itu umat Israel berdoa demikian,“Ya TUHAN, Engkaulah satu-satunya TUHAN;Engkau menciptakan bintang dan seluruh angkasa,Engkau menjadikan darat dan laut serta segala isinya;Engkau memberikan hidup kepada semuanya.Segala kuasa di langit bersembah sujud kepada-Mu;mereka berlutut dan tunduk kepada-Mu.
7. Ya TUHAN Allah, Engkaulah yang memilih Abram,dan memimpinnya keluar dari Ur di negeri Babilonia;Engkau mengubah namanya menjadi Abraham.
8. Engkau mendapati dia setia kepada-Mu,lalu Engkau membuat perjanjian dengannya.Engkau berjanji untuk memberi dia negeri orang Kanaan,negeri orang Het dan orang Amori,negeri orang Feris, orang Yebusi, dan orang Girgasi,untuk menjadi tempat tinggal keturunannya.Engkau menepati janji-Mu kerana Engkau adil dan setia.
9. Engkau nampak nenek moyang kami menderita di Mesir;Engkau mendengar seruan mereka minta tolong di Laut Gelagah.