11. Orang Lewi berjalan ke sana sini untuk menenangkan rakyat dan berkata berulang kali, “Janganlah berdukacita pada hari yang khas ini.”
12. Kemudian semua orang itu pulang. Mereka makan dan minum sambil bersukacita, serta membahagikan makanan kepada orang lain, kerana mereka faham akan makna pembacaan yang didengar mereka itu.
13. Keesokan harinya, para pemimpin puak, para imam dan orang Lewi pergi kepada Ezra untuk mempelajari ajaran Taurat.
14. Mereka mendapati bahawa dalam Taurat yang diberikan TUHAN dengan perantaraan Musa, TUHAN menyuruh umat Israel tinggal di dalam pondok-pondok sementara, apabila mereka merayakan Perayaan Pondok Daun.