17. Para pegawaimu seperti kawanan belalang yang berlindung di tembok pada hari sejuk. Tetapi setelah matahari terbit, belalang itu segera terbang menghilang; tiada seorang pun tahu ke mana kawanan belalang itu pergi!
18. Hai raja Asyur! Para gabenormu sudah mati dan para pembesarmu tertidur untuk selama-lamanya. Rakyatmu tercerai-cerai di pergunungan, dan tiada seorang pun dapat membawa mereka pulang semula.
19. Kecedaraanmu tidak dapat diubati dan luka-lukamu tidak dapat disembuhkan. Semua orang yang mendengar berita kehancuranmu bertepuk tangan kerana sukacita. Tidak seorang pun dapat menyelamatkan diri daripada kekejamanmu yang tidak henti-henti.