1. Inilah perkhabaran daripada Allah tentang kota Niniwe. Perkhabaran ini dinyatakan dalam penglihatan kepada Nahum, seorang nabi yang berasal dari Elkos.
2. TUHAN Allah tidak mahu mempunyai saingan;orang yang melawan-Nya pasti mendapat hukuman.Dengan sangat murka,Dia membalas dendam terhadap musuh-Nya.
3. TUHAN tidak cepat murka,tetapi Dia berkuasa,dan Dia tidak pernah membebaskanorang yang melakukan kesalahan daripada hukuman.Di tempat TUHAN berjalan,muncul puting beliung dan taufan;awan ialah debu daripada kakinya.
4. Atas perintah-Nya, laut menjadi kering;sungai pun dikeringkan.Padang-padang di Basan kersang,Gunung Karmel pun gersang,maka layulah bunga-bunga di Lebanon.
5. Gunung-gunung bergoncang di hadirat TUHAN;bukit-bukit lebur di hadapan-Nya.Bumi bergempa ketika TUHAN tiba;gemparlah dunia dan semua penduduknya.