Nahum 1:1-10 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

1. Inilah perkhabaran daripada Allah tentang kota Niniwe. Perkhabaran ini dinyatakan dalam penglihatan kepada Nahum, seorang nabi yang berasal dari Elkos.

2. TUHAN Allah tidak mahu mempunyai saingan;orang yang melawan-Nya pasti mendapat hukuman.Dengan sangat murka,Dia membalas dendam terhadap musuh-Nya.

3. TUHAN tidak cepat murka,tetapi Dia berkuasa,dan Dia tidak pernah membebaskanorang yang melakukan kesalahan daripada hukuman.Di tempat TUHAN berjalan,muncul puting beliung dan taufan;awan ialah debu daripada kakinya.

4. Atas perintah-Nya, laut menjadi kering;sungai pun dikeringkan.Padang-padang di Basan kersang,Gunung Karmel pun gersang,maka layulah bunga-bunga di Lebanon.

5. Gunung-gunung bergoncang di hadirat TUHAN;bukit-bukit lebur di hadapan-Nya.Bumi bergempa ketika TUHAN tiba;gemparlah dunia dan semua penduduknya.

6. Siapakah yang dapat tahan apabila TUHAN murka?Tiada sesiapa pun boleh terlepas daripada kemurkaan-Nya.Dia melampiaskan kemurkaan-Nya yang menyala-nyala,sehingga batu hancur dan menjadi debu di hadapan-Nya.

7. TUHAN itu baik;Dia melindungi umat-Nya pada masa mereka susah,Dia menjaga orang yang berlindung kepada-Nya.

8. Dia membinasakan semua musuh-Nya,Dia seperti banjir besar yang melanda mereka.Dia mencabut nyawa orang yang melawan kehendak-Nya.

9. Kejahatan apakah yang kamu rancang terhadap TUHAN?Dia akan membinasakan kamu semua.Dia tidak perlu membalas dendam-Nyasampai dua kali terhadap musuh-Nya.

10. Kamu pemabuk akan dibakar seperti jerami kering,seperti semak duri yang berbelit-belit.

Nahum 1