12. Orang kamu akan pulang dari merata tempat - dari Asyur di timur, dari Mesir di selatan, dari kawasan Sungai Efrat, dari seberang laut, dan dari pergunungan yang jauh.
13. Tetapi bumi akan menjadi tandus kerana kejahatan penduduknya.
14. Ya TUHAN, gembalakanlah umat-Mu, umat yang telah Engkau pilih. Walaupun mereka tinggal jauh di padang gurun, ada juga tanah yang subur di sekitar mereka. Biarlah mereka mendapat makanan di padang-padang rumput Basan dan Gilead, seperti yang dilakukan mereka dahulu kala.
15. Lakukanlah mukjizat-mukjizat bagi kami, ya TUHAN, seperti yang Engkau lakukan dahulu, ketika Engkau membawa kami keluar dari Mesir.