Mikha 7:10-13 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

10. Pada masa itu musuh kita akan melihat hal yang dilakukan TUHAN bagi kita, lalu mereka akan dipermalukan. Merekalah musuh yang mengolok-olok kita dahulu dengan berkata, “Di manakah TUHAN, Allah kamu?” Kita akan melihat mereka dikalahkan dan dipijak-pijak seperti lumpur di jalan.

11. Hai penduduk Yerusalem, masa untuk membina semula tembok-tembok kota telah tiba. Pada masa itu kawasan kamu akan diperluas.

12. Orang kamu akan pulang dari merata tempat - dari Asyur di timur, dari Mesir di selatan, dari kawasan Sungai Efrat, dari seberang laut, dan dari pergunungan yang jauh.

13. Tetapi bumi akan menjadi tandus kerana kejahatan penduduknya.

Mikha 7