6. Mereka membunuh balu dan anak yatim,serta orang asing yang tinggal di negeri kami.
7. Mereka berkata, “TUHAN tidak nampak kami;Allah umat Israel tidak melihat perbuatan kami.”
8. Hai umatku, mengapakah kamu begitu bodoh?Bilakah kamu dapat faham?
9. Allah menjadikan telinga - pasti Dia dapat mendengar.Dia menjadikan mata - pasti Dia dapat melihat.
10. Dia yang memarahi bangsa-bangsa - pasti Dia menghukum mereka.Dia guru semua orang - pasti Dia berpengetahuan.
11. TUHAN tahu akan fikiran manusia;Dia tahu bahawa semuanya sia-sia belaka.
12. Ya TUHAN, berbahagialah orang yang Engkau didik,orang yang Engkau ajarkan hukum-Mu.
13. Engkau menenangkan dia pada masa kesusahan,sehingga lubang digali untuk memerangkap orang jahat.
14. TUHAN tidak akan meninggalkan umat-Nya;Dia tidak akan mengabaikan orang yang menjadi milik-Nya.
15. Keadilan akan ditegakkan lagi di mahkamah,dan semua orang jujur akan menyokongnya.
16. Siapakah yang membela aku terhadap orang zalim?Siapakah yang memihak aku menentang orang jahat?
17. Jika TUHAN tidak menolong aku,pasti aku sudah pun sampai ke dunia orang mati.
18. Waktu aku berfikir bahawa aku akan jatuh,kasih-Mu, ya TUHAN, menopang aku.
19. Ketika aku bimbang dan khuatir,Engkau menghiburkan dan menggembirakan hatiku.