2. Engkaulah hakim semua orang;bangkitlah dan balaslah orang sombong, setimpal dengan perbuatan mereka.
3. Berapa lama lagi orang jahat akan bersuka-suka?Berapa lama lagi mereka berbuat begitu, ya TUHAN?
4. Berapa lama lagi penjahat akan bercakap dengan sombong,dan membanggakan kejahatan mereka?
5. Mereka menghancurkan umat-Mu, ya TUHAN;mereka menindas orang yang menjadi milik-Mu.
6. Mereka membunuh balu dan anak yatim,serta orang asing yang tinggal di negeri kami.
7. Mereka berkata, “TUHAN tidak nampak kami;Allah umat Israel tidak melihat perbuatan kami.”
8. Hai umatku, mengapakah kamu begitu bodoh?Bilakah kamu dapat faham?
9. Allah menjadikan telinga - pasti Dia dapat mendengar.Dia menjadikan mata - pasti Dia dapat melihat.
10. Dia yang memarahi bangsa-bangsa - pasti Dia menghukum mereka.Dia guru semua orang - pasti Dia berpengetahuan.
11. TUHAN tahu akan fikiran manusia;Dia tahu bahawa semuanya sia-sia belaka.
12. Ya TUHAN, berbahagialah orang yang Engkau didik,orang yang Engkau ajarkan hukum-Mu.
13. Engkau menenangkan dia pada masa kesusahan,sehingga lubang digali untuk memerangkap orang jahat.