Mazmur 94:11-23 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

11. TUHAN tahu akan fikiran manusia;Dia tahu bahawa semuanya sia-sia belaka.

12. Ya TUHAN, berbahagialah orang yang Engkau didik,orang yang Engkau ajarkan hukum-Mu.

13. Engkau menenangkan dia pada masa kesusahan,sehingga lubang digali untuk memerangkap orang jahat.

14. TUHAN tidak akan meninggalkan umat-Nya;Dia tidak akan mengabaikan orang yang menjadi milik-Nya.

15. Keadilan akan ditegakkan lagi di mahkamah,dan semua orang jujur akan menyokongnya.

16. Siapakah yang membela aku terhadap orang zalim?Siapakah yang memihak aku menentang orang jahat?

17. Jika TUHAN tidak menolong aku,pasti aku sudah pun sampai ke dunia orang mati.

18. Waktu aku berfikir bahawa aku akan jatuh,kasih-Mu, ya TUHAN, menopang aku.

19. Ketika aku bimbang dan khuatir,Engkau menghiburkan dan menggembirakan hatiku.

20. Engkau tidak bersekutu dengan hakim yang tidak adil,yang mengesahkan perkara yang melanggar hukum;

21. mereka bersekongkol melawan orang baik,dan menghukum mati orang yang tidak bersalah.

22. Tetapi TUHAN membela aku;Allahku melindungi aku.

23. Dia akan menghukum orang jahat kerana kezaliman mereka,dan membinasakan mereka kerana dosa mereka;TUHAN, Allah kita akan membinasakan mereka.

Mazmur 94