Mazmur 90:8-17 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

8. Engkau membentangkan dosa kami di hadapan-Mu,dosa kami yang tersembunyi dilihat oleh-Mu.

9. Usia kami dikurangkan kerana kemurkaan-Mu;hidup kami berakhir seperti satu hembusan nafas.

10. Tujuh puluh tahun sahaja usia kami,lapan puluh, jika kami kuat;namun yang kami alami hanya kekhuatiran dan kesusahan;kehidupan segera berakhir dan kami pun lenyap.

11. Siapakah pernah mengalami dahsyatnya kemurkaan-Mu?Siapakah yang sedar akan akibat kemarahan-Mu?

12. Sedarkanlah kami betapa pendeknya usia kami,supaya kami menjadi bijak bestari.

13. Ya TUHAN, sampai bilakah Engkau murka?Kembalilah dan kasihanilah hamba-hamba-Mu.

14. Puaskanlah kami dengan kasih-Mu pada setiap pagi,supaya kami dapat menyanyi dan bergembira seumur hidup kami.

15. Berilah kami kebahagiaan sebanyak kedukaanyang kami tanggung dalam tahun-tahun kesengsaraan.

16. Tunjukkanlah perbuatan-Mu yang ajaib kepada kami, hamba-hamba-Mu,dan kuasa-Mu yang mulia kepada keturunan kami.

17. Ya TUHAN, Allah kami, berkatilah kami,dan berilah kami kejayaan dalam segala usaha kami.

Mazmur 90