Mazmur 9:14-21 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

14. Kasihanilah aku, ya TUHAN!Lihatlah, musuhku menyengsarakan aku.Selamatkanlah aku daripada maut, ya TUHAN,

15. supaya aku dapat memuji Engkaudi hadapan penduduk Yerusalem.Aku akan bersorak gembirakerana Engkau menyelamatkan aku.

16. Bangsa-bangsa yang tidak mengenal Engkaujatuh ke dalam lubang yang digali mereka sendiri;mereka memasang perangkap,tetapi mereka sendiri terperangkap.

17. TUHAN menyatakan diri-Nya dengan keputusan yang adil;orang jahat terperangkap oleh perbuatan mereka sendiri.

18. Maut ialah kesudahan semua orang jahat,semua orang yang menolak Allah.

19. Orang miskin tidak selamanya dilupakan;orang papa tidak selamanya kehilangan harapan.

20. Bangkitlah, ya TUHAN, hakimilah bangsa-bangsa,jangan biarkan manusia terlepas daripada hukuman.

21. Buatlah mereka takut, ya TUHAN;sedarkanlah mereka bahawa mereka itu hanya insan.

Mazmur 9