Mazmur 89:45-49 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

45. Engkau mengakhiri kuasanya yang gemilang,dan mencampakkan takhtanya ke tanah.

46. Engkau menjadikan raja tua sebelum masanya,dan Engkau mempermalukan baginda.

47. Ya TUHAN, sampai bilakah Engkau bersembunyi?Sampai bilakah kemurkaan-Mu berkobar seperti api?

48. Ingatlah, betapa pendeknya usia manusia;ingatlah bahawa Engkau mencipta manusia sebagai makhluk fana.

49. Siapakah yang boleh hidup dan tidak pernah mati?Bagaimanakah orang dapat mengelakkan kubur?

Mazmur 89