Mazmur 88:5-14 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

5. Aku seperti orang yang menemui maut;segala kekuatanku sudah hilang.

6. Aku ditinggalkan di tengah-tengah orang mati;aku umpama orang terbunuh yang terbaring di kubur,orang yang telah Engkau lupakan sama sekali,yang tidak dapat Engkau tolong lagi.

7. Engkau telah membuang aku ke kubur yang dalam,ke dalam lubang yang paling gelap dan dalam.

8. Engkau sangat murka kepadaku,kemurkaan-Mu bagaikan ombak yang memukul aku.

9. Engkau menyebabkan rakan-rakanku meninggalkan aku;Engkau menyebabkan mereka jijik akan aku.Aku terkurung dan tidak dapat melarikan diri;

10. mataku kabur kerana menderita.Ya TUHAN, setiap hari aku berseru kepada-Mu,aku berdoa dengan menadahkan tangan kepada-Mu.

11. Adakah Engkau melakukan mukjizat bagi orang yang telah mati?Adakah mereka bangkit dan memuji Engkau?

12. Adakah kasih-Mu disebut orang di dalam kubur,ataupun kesetiaan-Mu disebut di tempat kebinasaan?

13. Adakah mukjizat-Mu kelihatan di tempat yang gelap itu,ataupun kebaikan-Mu kelihatan di negeri yang sudah dilupakan orang?

14. Ya TUHAN, aku minta pertolongan-Mu;setiap pagi aku berdoa kepada-Mu.

Mazmur 88