7. Kuatkanlah kami semula,lalu kami, umat-Mu akan memuji Engkau.
8. Tunjukkanlah bahawa Engkau tetap mengasihi kami,tolonglah dan selamatkanlah kami, ya TUHAN.
9. Aku mendengar apa yang difirmankan TUHAN Allah;Dia menjanjikan kesejahteraan kepada kita, umat-Nya,jika kita tidak kembali berbuat dosa.
10. Pasti Dia akan menyelamatkan orang yang menghormati Dia,supaya Allah yang agung tinggal di negeri kita.
11. Kasih dan kesetiaan akan bertemu;keadilan dan kesejahteraan akan berdampingan.