Mazmur 83:1-9 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

1. Mazmur Asaf. Sebuah lagu.

2. Ya Allah, janganlah membisu;janganlah diam sahaja!

3. Lihatlah! Musuh-Mu memberontak,dan orang yang membenci Engkau melawan.

4. Mereka membuat rancangan licik melawan umat-Mu;mereka berkomplot menentang orang yang Engkau lindungi.

5. Kata mereka, “Mari kita binasakan bangsa mereka,supaya Israel dilupakan selama-lamanya!”

6. Mereka bersetuju dengan sebulat suarauntuk bergabung menentang Engkau:

7. orang Edom dan orang Ismael,orang Moab dan orang Hagri;

8. orang Gebal, orang Amon, dan orang Amalek,orang Filistin dan orang Tirus.

9. Orang Asyur pun turut serta,mereka sekutu yang kuat bagi orang Amon dan orang Moab, keturunan Lot.

Mazmur 83