7. “Aku telah mengangkat beban dari bahu kamu;dan membebaskan kamu daripada kerja paksa.
8. Ketika kamu dalam kesusahan, kamu berseru kepada-Ku,dan Aku pun menyelamatkan kamu.Dari tempat persembunyian-Ku di dalam awan petir,Aku mengabulkan permintaan kamu;di mata air Meriba Aku menguji kamu.
9. Hai umat-Ku dengarlah amaran-Ku;Hai Israel, Aku sangat ingin kamu mendengar firman-Ku!
10. Jangan sembah tuhan lain.
11. Akulah TUHAN, Allah kamu,yang membawa kamu keluar dari Mesir.Bukalah mulut dan Aku akan memberi kamu makan.
12. Tetapi umat-Ku tidak mahu mendengar firman-Ku;Israel tidak mahu taat kepada-Ku.
13. Oleh itu Aku membiarkan mereka mengikut kedegilan mereka,dan berbuat sesuka hati mereka.