Mazmur 78:38-48 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

38. Tetapi Allah mengasihani umat-Nya.Dia mengampunkan dosa merekadan tidak membinasakan mereka.Kerap kali Dia menahan kemarahan-Nya,dan tidak melepaskan kemurkaan-Nya.

39. Dia ingat bahawa mereka hanya manusia fana,seperti angin yang bertiup lalu tiada.

40. Betapa seringnya mereka memberontak terhadap-Nya di gurun;betapa kerapnya mereka menyedihkan hati-Nya!

41. Berkali-kali mereka menguji Allah,dan menyakiti hati Yang Maha Suci, Allah umat Israel.

42. Mereka lupa akan kuasa-Nya yang besar;dan waktu Allah menyelamatkan mereka daripada musuh,

43. ketika Dia melakukan keajaiban-keajaiban di Mesir,dan mukjizat-mukjizat di dataran Zoan.

44. Dia mengubah air sungai menjadi darah,sehingga orang Mesir tidak dapat minum airnya.

45. Dia menghantar lalat untuk menyeksa orang Mesir,dan katak untuk merosakkan ladang mereka.

46. Dia menghantar belalang untuk makan tanaman mereka,dan untuk memusnahkan ladang mereka.

47. Dia memusnahkan pokok anggur mereka dengan hujan batu,dan pokok ara mereka dengan embun yang beku.

48. Dia membunuh ternakan mereka dengan hujan batu,dan binatang mereka dengan kilat.

Mazmur 78