33. Oleh itu Allah mencabut nyawa mereka,dan memutuskan nafas mereka dengan tiba-tiba.
34. Setiap kali Allah membunuh sebilangan daripada mereka,yang lain kembali kepada-Nya;mereka bertaubat dan berdoa bersungguh-sungguh kepada-Nya.
35. Mereka ingat bahawa Allah pelindung mereka,bahawa Yang Maha Kuasa penyelamat mereka.
36. Tetapi segala perkataan mereka itu dusta belaka,dan segala ucapan mereka bohong semata-mata.
37. Mereka tidak setia kepada-Nya;mereka tidak berpegang kepada perjanjian dengan Allah.
38. Tetapi Allah mengasihani umat-Nya.Dia mengampunkan dosa merekadan tidak membinasakan mereka.Kerap kali Dia menahan kemarahan-Nya,dan tidak melepaskan kemurkaan-Nya.
39. Dia ingat bahawa mereka hanya manusia fana,seperti angin yang bertiup lalu tiada.
40. Betapa seringnya mereka memberontak terhadap-Nya di gurun;betapa kerapnya mereka menyedihkan hati-Nya!
41. Berkali-kali mereka menguji Allah,dan menyakiti hati Yang Maha Suci, Allah umat Israel.
42. Mereka lupa akan kuasa-Nya yang besar;dan waktu Allah menyelamatkan mereka daripada musuh,
43. ketika Dia melakukan keajaiban-keajaiban di Mesir,dan mukjizat-mukjizat di dataran Zoan.
44. Dia mengubah air sungai menjadi darah,sehingga orang Mesir tidak dapat minum airnya.