Mazmur 78:19-26 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

19. Mereka melawan Allah dengan berkata,“Dapatkah Allah menyediakan makanan di gurun?

20. Memang benar Dia telah membelah bukit batu,dan air sederas sungai mengalir daripadanya;tetapi dapatkah Dia menyediakan roti bagi kita,dan memberikan daging bagi umat-Nya?”

21. Itulah sebabnya, TUHAN murka ketika mendengar permintaan mereka;Dia menyerang umat-Nya dengan api,dan menjadi semakin murka terhadap mereka,

22. kerana mereka tidak mempunyai keyakinan terhadap-Nya,dan tidak percaya bahawa Dia dapat menyelamatkan mereka.

23. Tetapi Allah berfirman kepada langit di atas,dan memberikan perintah supaya pintunya dibuka.

24. Dia memberi mereka biji-bijian dari syurga,dengan menurunkan manna untuk makanan mereka.

25. Demikianlah mereka makan makanan malaikat.Allah memberi mereka makanan berlimpah-limpah.

26. Dia menyebabkan angin timur bertiup,dan dengan kuasa-Nya angin selatan berhembus.

Mazmur 78