Mazmur 73:12-24 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

12. Begitulah keadaan orang jahat;hidup mereka senang dan harta mereka terus bertambah.

13. Sia-sia sahaja aku menjaga hatiku supaya suci,tiada gunanya aku menjauhi dosa.

14. Ya Allah, sepanjang hari aku menderita;setiap pagi aku diseksa.

15. Sekiranya aku berkata begitu,aku mengkhianati umat-Mu.

16. Aku cuba memahami hal itu,tetapi terlalu sukar bagiku,

17. sehingga aku masuk ke dalam Rumah-Mu,barulah aku memahami kesudahan semua orang jahat itu.

18. Engkau pasti meletakkan mereka di tempat-tempat yang licindan menyebabkan mereka jatuh dan binasa.

19. Mereka dibinasakan dengan serta-merta;sungguh dahsyat kesudahan mereka.

20. Mereka umpama mimpi yang menghilang pada waktu pagi,ketika Engkau bangkit,ya Tuhan, mereka pun lenyap.

21. Ketika aku sakit hati,dan perasaanku dilukai,

22. aku bodoh seperti binatang;aku tidak faham akan kehendak-Mu.

23. Namun aku tetap di samping-Mu,dan Engkau memegang tangan kananku.

24. Engkau membimbing aku dengan nasihat,dan kelak Engkau menyambut aku dengan kehormatan.

Mazmur 73