Mazmur 71:1-11 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

1. Ya TUHAN, aku datang kepada-Mu untuk perlindungan;jangan biarkan aku dipermalukan.

2. Kerana Engkau adil, tolonglah aku dan bebaskanlah aku.Dengarlah aku dan selamatkanlah aku!

3. Jadilah perlindungan yang kukuh bagiku,serta kubu yang kuat untuk melindungi aku;Engkaulah penaung dan pembelaku.

4. Ya Allahku, selamatkanlah aku daripada orang jahat,daripada kuasa manusia yang tidak adil dan kejam.

5. Ya TUHAN Raja, aku berharap kepada-Mu;aku percaya kepada-Mu sejak masa mudaku.

6. Aku bergantung kepada-Mu seumur hidupku;sejak aku dilahirkan, Engkau melindungi aku.Aku akan sentiasa memuji Engkau.

7. Kehidupanku menjadi teladan kepada banyak orang,kerana Engkau pembelaku yang kuat.

8. Sepanjang hari aku memuji-Mudan mengisytiharkan kemuliaan-Mu.

9. Janganlah tolak aku sekarang kerana aku tua;janganlah tinggalkan aku sekarang kerana aku lemah.

10. Musuhku hendak membunuh aku;mereka berbincang dan bersekongkol menentang aku.

11. Mereka berkata, “Allah telah meninggalkan dia;marilah kita kejar dan tangkap dia,kerana tiada sesiapa akan menyelamatkan dia!”

Mazmur 71