1. Ratapan Daud, yang dinyanyikan kepada TUHAN kerana Kus, orang Benyamin itu.
2. Ya TUHAN, Allahku, aku berlindung kepada-Mu;selamatkanlah dan lepaskanlah akudaripada semua orang yang memburu aku.
3. Jangan biarkan mereka seperti singa yang menerkam dan menyeret akuke tempat yang tiada seorang pun dapat menyelamatkan aku.
6. biarlah musuhku memburu dan menangkap aku,lalu membunuh dan meninggalkan aku dalam debu!
7. Bangkitlah dengan kemurkaan-Mu, ya TUHAN,dan tentanglah keganasan musuh-musuhku!Bangkitlah dan tolonglah aku,kerana keadilanlah yang Engkau tuntut.
8. Himpunkanlah bangsa-bangsa di sekeliling-Mu,dan perintahlah mereka dari takhta-Mu di syurga.
9. Engkaulah yang menghakimi semua manusia.Berilah aku keadilan, ya TUHAN, kerana aku tidak bersalah.
10. Hentikanlah kejahatan orang durjana,dan berikanlah pahala kepada orang yang baik,kerana Engkau Allah yang adil,Engkau menyelami hati dan fikiran.