Mazmur 69:7-21 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

7. Janganlah biarkan aku mendatangkan malu kepada orang yang berharap kepada-Mu,ya TUHAN Raja Yang Maha Kuasa!Janganlah biarkan aku mendatangkan aib kepada mereka yang menyembah Engkau,ya Allah umat Israel!

8. Kerana Engkaulah, aku dikeji,dan diliputi perasaan malu.

9. Aku bagaikan orang asing kepada saudara-saudaraku,seperti orang luar kepada keluargaku.

10. Cintaku untuk Rumah-Mu berkobar-kobar seperti api;hinaan yang ditujukan kepada-Mu menimpa diriku.

11. Aku merendahkan diri dengan berpuasa,tetapi manusia mencela aku.

12. Ketika aku mengenakan pakaian perkabungan,mereka mentertawakan aku.

13. Aku menjadi buah mulut di tempat orang berkumpul,dan nyanyian orang mabuk adalah tentang aku.

14. Tetapi bagiku, aku akan berdoa kepada-Mu, ya TUHAN;kabulkanlah doaku, ya Allah, menurut waktu-Mu.Kabulkan doaku demi kasih-Mu yang besar,kerana Engkau menepati janji untuk menyelamatkan aku.

15. Janganlah biarkan aku tenggelam di dalam lumpur;selamatkanlah aku daripada musuh-musuhku,dan daripada air yang dalam.

16. Janganlah biarkan banjir menghanyutkan aku;janganlah biarkan aku tenggelam di dasar laut,ataupun terbenam di dalam kubur.

17. Kabulkanlah doaku, ya TUHAN, kerana Engkau baik dan tetap mengasihi;dengan rahmat-Mu yang besar, berpalinglah kepadaku!

18. Janganlah bersembunyi daripada hamba-Mu;aku dalam kesusahan besar - cepatlah tolong aku!

19. Marilah dan selamatkanlah aku;bebaskanlah aku daripada musuhku.

20. Engkau tahu bagaimana aku dikeji,bagaimana aku dipermalukan dan dihina;Engkau nampak semua musuhku.

21. Kekejian telah mematahkan hatiku,aku menjadi putus asa.Aku mencari orang yang berbelas kasihan, tetapi tidak aku dapati;aku mencari orang yang menguatkan hatiku, tetapi tidak aku jumpai.

Mazmur 69