Mazmur 69:15-22 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

15. Janganlah biarkan aku tenggelam di dalam lumpur;selamatkanlah aku daripada musuh-musuhku,dan daripada air yang dalam.

16. Janganlah biarkan banjir menghanyutkan aku;janganlah biarkan aku tenggelam di dasar laut,ataupun terbenam di dalam kubur.

17. Kabulkanlah doaku, ya TUHAN, kerana Engkau baik dan tetap mengasihi;dengan rahmat-Mu yang besar, berpalinglah kepadaku!

18. Janganlah bersembunyi daripada hamba-Mu;aku dalam kesusahan besar - cepatlah tolong aku!

19. Marilah dan selamatkanlah aku;bebaskanlah aku daripada musuhku.

20. Engkau tahu bagaimana aku dikeji,bagaimana aku dipermalukan dan dihina;Engkau nampak semua musuhku.

21. Kekejian telah mematahkan hatiku,aku menjadi putus asa.Aku mencari orang yang berbelas kasihan, tetapi tidak aku dapati;aku mencari orang yang menguatkan hatiku, tetapi tidak aku jumpai.

22. Ketika aku lapar, mereka memberi aku racun sebagai makanan;ketika aku dahaga, mereka memberi aku cuka sebagai minuman.

Mazmur 69