Mazmur 62:9-13 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

9. Hai bangsaku, percayalah kepada Allah setiap masa.Beritahukanlah segala kesusahan kamu kepada-Nya,kerana Dialah penaung kita.

10. Manusia hanya seperti hembusan nafas;besar atau kecil sama-sama tidak berharga.Kalau ditimbang, mereka ternyata ringan,lebih ringan daripada sehembus nafas.

11. Jangan bergantung kepada hasil pemerasan;jangan harapkan keuntungan daripada rompakan;walaupan kekayaan kamu bertambah,jangan bergantung kepadanya.

12. Beberapa kali aku telah mendengar Allah berfirmanbahawa kuasa berasal daripada-Nya,

13. dan bahawa kasih-Nya kekal.Engkau, ya Tuhan, membalas semua orang menurut perbuatan mereka.

Mazmur 62