Mazmur 57:1-4 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

1. Untuk pemimpin koir. Menurut lagu: Jangan Musnahkan. Mazmur Daud, pada masa dia lari ke dalam gua untuk menghindari Raja Saul.

2. Kasihanilah aku, ya Allah, kasihanilah aku,kerana aku mencari keselamatan daripada-Mu.Aku mendapat perlindungan di bawah naungan sayap-Mu,sehingga ribut yang mengamuk sudah berlalu.

3. Kepada Allah Yang Maha Tinggi aku berseru,Dia Allah yang memenuhi segala keperluanku.

4. Dia akan menjawab dari syurga dan menyelamatkan aku;Dia akan mengalahkan orang yang menindas aku.Allah akan menunjukkan kasih dan kesetiaan-Nya kepadaku.

Mazmur 57