Mazmur 55:8-16 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

8. Aku akan terbang jauh sekali;padang gurun akan kudiami.

9. Aku akan bergegas mencari tempat berlindungterhadap ribut dan angin kencang.

10. Kelirukanlah percakapan musuhku, ya Tuhan,kerana di kota aku nampak orang merusuh dan melakukan keganasan.

11. Siang malam mereka mengelilingi kota,melakukan kekacauan dan jenayah.

12. Di merata tempat berlaku pemusnahan;jalan-jalan penuh dengan penindasan dan penipuan.

13. Andaikata musuh mempermainkan aku,aku dapat menanggungnya;andaikata seorang lawan menghina aku,aku pun dapat bersembunyi daripadanya.

14. Tetapi engkau ini, temanku,rakanku serta sahabat karibku.

15. Kita pernah berbual dengan mesra,dan beribadat bersama-sama di Rumah TUHAN.

16. Biarlah dengan mendadak musuhku mati,dan turun hidup-hidup ke dunia orang mati,kerana kejahatan memenuhi rumah mereka,dan menguasai hati mereka.

Mazmur 55