Mazmur 53:3-7 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

3. Dari syurga Allah memandang umat manusiauntuk mencari orang yang bijak,orang yang menyembah Dia.

4. Tetapi semua orang sudah menyeleweng dan sesat,tidak seorang pun melakukan yang baik.

5. Allah bertanya, “Tidakkah orang jahat ini tahu?Mereka hidup dengan merompak umat-Ku,dan tidak pernah berdoa kepada-Ku.”

6. Tetapi kemudian ketakutan meliputi mereka,seperti yang belum pernah dialami mereka,kerana Allah akan menyerakkan tulang musuh umat-Nya.Allah sudah menolak musuh umat-Nya,maka Israel akan mengalahkan musuh mereka.

7. Semoga penyelamatan bagi Israeldatang dari Sion!Apabila Allah menjadikan umat-Nya makmur semula,semua orang Israel akan bersukacita.

Mazmur 53