1. Mazmur puak Korah.
2. TUHAN sungguh agung dan terpujidi kota Allah kita, di atas bukit-Nya yang suci.
3. Sion, bukit Allah, tinggi dan indah;kota Raja yang agung menggirangkan seluruh dunia!
4. Di dalam kota-Nya yang berkubu ada keselamatan,kerana Allah berada di sana.
5. Raja-raja berkumpuldan datang hendak menyerang Bukit Sion.
6. Apabila mereka melihat bukit itu, mereka terperanjat;mereka takut dan lari kebingungan.
7. Mereka gementar ketakutan,mereka kesakitan seperti wanita yang hampir bersalin,
8. mereka seperti kapal yang dilanda angin ribut.