1. Untuk pemimpin koir. Sajak puak Korah.
2. Seperti rusa merindukan air sungai,demikianlah jiwaku merindukan Engkau, ya Allah.
3. Aku merindukan Engkau, Allah yang hidup;bilakah aku dapat beribadat di hadirat-Mu?
4. Siang malam aku menangis,hanya air mata makananku;sepanjang masa musuhku bertanya kepadaku,“Di manakah Allahmu?”
5. Hatiku hancur apabila mengenangkan masa lalu,semasa aku pergi bersama-sama orang ramai ke Rumah TUHAN,dan aku berjalan di depan perarakan,dengan sorak-sorai dan lagu pujian.
6. Mengapakah aku sedih?Mengapakah aku gelisah?Aku akan berharap kepada Allahdan sekali lagi aku akan memuji Dia,Allahku dan penyelamatku.
9. Semoga TUHAN menunjukkan kasih-Nya pada waktu siang;agar aku dapat memuji Dia pada waktu malam,dan berdoa kepada Allah, sumber hidupku.
10. Kepada Allah, pembelaku, aku berkata,“Mengapakah Engkau melupakan aku?Mengapakah aku harus terus-menerus menanggung derita,akibat kekejaman musuhku?”
11. Aku sangat sedih kerana hinaan mereka.Mereka terus bertanya, “Di manakah Allahmu?”