Mazmur 41:9-14 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

9. Mereka berkata, “Dia sakit teruk sekalidan tidak akan bangun dari katilnya lagi.”

10. Bahkan sahabat karibku yang paling aku percayai,orang yang makan bersama-samaku, telah menentang aku.

11. Kasihanilah aku, ya TUHAN, dan pulihkanlah kesihatanku,agar aku dapat membalas musuh-musuhku.

12. Maka tahulah aku bahawa Engkau berkenan kepadaku,kerana musuhku tidak akan mengalahkan aku.

13. Engkau akan menolong aku, kerana ketulusanku;Engkau membolehkan aku berada di hadirat-Mu selama-lamanya.

14. Marilah kita memuji TUHAN, Allah umat Israel;pujilah Dia sekarang dan selama-lamanya.Amin! Amin!

Mazmur 41