28. kerana TUHAN suka akan kebenaran,dan tidak meninggalkan umat-Nya yang setia.Dia melindungi mereka selama-lamanya,tetapi keturunan orang jahat akan diusir.
29. Orang yang salih akan memiliki negeri ini,dan tinggal di sini selama-lamanya.
30. Kata-kata orang yang baik itu bijak,dan mereka sendiri pun adil.
31. Mereka menyimpan Taurat Allah dalam hatidan tidak menyimpang daripadanya.
32. Orang jahat mengawasi orang baikserta mencari kesempatan untuk membunuh mereka;
33. tetapi TUHAN tidak menyerahkan mereka ke dalam tangan musuhataupun membiarkan mereka dihukum ketika diadili.
34. Berharaplah kepada TUHAN dan taatilah perintah-Nya;Dia akan memberi kamu negeri ini untuk menghormatimu,dan kamu akan melihat orang jahat dihalau.
35. Aku pernah melihat orang jahat yang suka menindas orang lain;mereka tinggi seperti pokok sedar di Lebanon;
36. kemudian aku lalu, tetapi mereka tiada lagi;aku mencari tetapi tidak menjumpai mereka.
37. Perhatikanlah orang yang baik dan orang yang salih;orang yang suka akan perdamaian mempunyai keturunan;
38. tetapi orang yang berdosa akan dibinasakan,dan keturunan mereka pun dihapuskan.
39. Orang yang salih diselamatkan oleh TUHAN;Dia melindungi mereka pada masa kesusahan.