10. Orang yang jahat akan lenyap dengan segera;walaupun dicari, mereka tidak akan dijumpai.
11. Orang yang rendah hati akan mewarisi negeri ini,dan menikmati kemakmuran yang berlimpah-limpah.
12. Orang jahat berkomplot menentang orang baikdan memandang mereka dengan benci.
13. Tetapi Tuhan mentertawakan orang jahat,kerana Dia tahu kesudahan mereka sudah dekat.
14. Orang jahat menghunus pedang dan melengkungkan busuruntuk membunuh orang yang miskin dan susah,untuk membantai orang yang baik;
15. tetapi mereka akan ditikam oleh pedang mereka sendiri,dan busur mereka akan dipatahkan.
16. Sedikit barang yang dimiliki orang baiklebih berharga daripada kekayaan semua orang jahat,
17. kerana TUHAN akan mematahkan kuasa orang jahatdan melindungi orang baik.
18. TUHAN memelihara mereka yang mentaati-Nya,dan negeri ini menjadi pusaka mereka selama-lamanya.
19. Mereka tidak akan menderita pada masa kesusahan;mereka akan berkecukupan pada masa kelaparan.
20. Tetapi orang jahat akan mati;musuh TUHAN akan hilang seperti bunga di padang;mereka akan lenyap seperti asap.
21. Orang jahat meminjam dan tidak membayar balik,tetapi orang baik memberi dengan murah hati.
22. Mereka yang diberkati TUHAN akan mewarisi negeri ini,tetapi mereka yang dikutuk oleh-Nya akan diusir.
23. TUHAN memimpin orang ke jalan yang harus ditempuhnyadan melindungi orang yang diperkenankan-Nya.
24. Jika orang itu jatuh, dia tidak akan cedera,kerana TUHAN memegang tangannya.